Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2012

~LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH~

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah? Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah. Hartanya diperjuangkan ke jalan Fisabilillah. Penawar hati kekasih Allah. Susah dan senang rela bersama.. Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah? Isteri Rasulullah yang bijak. Pendorong kesusahan dan penderitaan. Tidak sukar untuk dilaksanakan.. Mengalir air mataku. Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah. Akur pada setiap perintah. Taat kepada abuyanya, yang sentiasa berjuang. Tiada memiliki harta dunia. Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga. Ketika aku marah.. Inginku intip serpihan sabar dari catatan hidup Siti Sarah. Tabah jiwaku setabah umi Nabi Ismail. Mengendong bayinya yang masih merah. Mencari air peghilang dahaga di terik padang pasir. Ditinggalkan suami akur tanpa bantah. Pengharapannya hanya pada Allah..  Itulah wanita Siti Hajar.. Mampukah aku menjadi wanita solehah? Mati dalam keunggulan iman. Bersinar indah, harum tersebar. Bagai wanginya pusara Masyitah...