Langkau ke kandungan utama

~LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH~



Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah.
Hartanya diperjuangkan ke jalan Fisabilillah.
Penawar hati kekasih Allah.
Susah dan senang rela bersama..
Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak.
Pendorong kesusahan dan penderitaan.
Tidak sukar untuk dilaksanakan..
Mengalir air mataku.
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah.
Akur pada setiap perintah.
Taat kepada abuyanya, yang sentiasa berjuang.
Tiada memiliki harta dunia.
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga.
Ketika aku marah..
Inginku intip serpihan sabar dari catatan hidup Siti Sarah.
Tabah jiwaku setabah umi Nabi Ismail.
Mengendong bayinya yang masih merah.
Mencari air peghilang dahaga di terik padang pasir.
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah.
Pengharapannya hanya pada Allah.. 
Itulah wanita Siti Hajar..
Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman.
Bersinar indah, harum tersebar.
Bagai wanginya pusara Masyitah...

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

story @ ....

salam..
mm.. dkt seminggu x update blog.. bkn xnk update.. tp, rasa cam penat sgt seminggu dua nih.
semalam (19 Mei 2011), aku p Shah Alam bawak mak ngan ayah hadiri konvo jija (adik aku lerr). Sedih jer rasa bila tgk jija terima skroll tu. dia patut syukur sbb mak ayah dtg tgk sendiri dia amik skroll tu wlupun skroll tu xder sijil pun kt dlmnye.. sijil dia amik kemudian lps selesai sumenye.. apepun aku bangga dgn dia. alhamdulillah.. syukur ngan kejayaan jija. mak pun, aku tgk mengalirkan air mata kegembiraan. ayah, aku xtau sbb ayah xnk masuk dewan pun ngan mak. dia suh aku masuk sbbnye, keadaan ayah yg xberapa tahan ngan sejuk air-cond dlm dewan tu. tp aku dpt rasa jgk perasaan ayah. pasti dia bangga dgn kejayaan ank dia.. mak ayah mana xbangga tgk ank sendiri naik ke pentas menerima segulung ijazah? pasti segala penat lelah selama ni tanggung ank2 dia belajar sehingga berjaya berbaloi. Alhamdulillah syukur..


aku? sedih? mm.. sebabnye aku pun penah rasa naik pentas amik skroll tu. t…