Langkau ke kandungan utama

Masak-Masak

Hai.
Selamat hari Sabtu. Selamat hujung minggu.
Cuti lagi hari ni. Esok last. Heaven! 
Bukan selalu dapat cuti lama2 cam gni. Dengar citer, kat wad huru-hara. Patient ramai, full bed n agak hardcore jugak. Favourite patient pun ada. Baru discharged da masuk balik. Tak tau telan ape pulak kali nih. Alhamdulillah. Bukan time kita keja. Hahahaha.. Lupakan pasal keja. 

Eh, harini kita rajin sket.
Shuben kena p Pusat Darah Negara arini. Oncall lagi. Haihh! Kena tinggal sokmo.
Takde menda nak buat, sambil tunggu En Shuben kita balik, kita masak makanan favourite dia.
Simple je. Alhamdulillah. Tak la cerewet mana bab makan. Janji ada rasa, dia suka, kita pun happy nak masak hari2. 
Ni resepi mak dia. Tapi dia ajar sekali je masa mula2 kawen. Dan, seterusnya.. pandai2 la nak buat.

Ayam kukus n goreng.

Bahan2. 
Opkos la ayam. (Ni utk ayam separuh). 
10 biji Bawang putih.
1 biji bawang merah sederhana besar. 
2cm halia.
Kiub pati ayam Knorr.
Sawi (option).
Garam secukup rasa.
Timun.
Kicap.
Cili api.
Minyak nak menggoreng. 

Cara2 : 

 
Potong ayam, cuci bersih tau. Cuci dengan penuh kasih sayang. Gteww. Kelar2 sket sebab bila perap, cepat la meresap sampai ke isi dalam. 

 
Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia. Macamni.. Mak mertua tak bubuh pun bawang merah. Dia bubuh bawang putih n halia je. Tapi kena banyak la. Depends pada ayam tu banyak mana. Tapi kita nya tekak ni da biasa nak masak kena ada bawang merah, so kita bubuh la bawang merah. Tumbuk tak payah hancur sangat la. Biasa2 je.. 

 
Da siap tumbuk, gaul pada ayam yang da dicuci dengan kasih sayang tadi, hiks. Perap la dalam 30 minit. Lagi lama perap lagi sedap. Sebati nanti rasa perapan tu pada ayam. Owh, masa perap ni jangan lupa letak garam secukup rasa. 

 
Yeayy! 45minit perap. Jadi cam gtu ha ayam tu. Nyum3x. So, bole panas pengukus. Ikut suka la nak buh air banyak mana masa kukus tu. Disebabkan kita berdua je ngan En Shuben, so didihkan separuh periuk la. Nanti masa da mendidih surely air akan kurang. Kita tengok la macamne nanti. 

 


 
Air da mendidih, kita letak 1 kiub pati ayam Knorr n kaki ayam dalam air didih tu.

 
Pastu kita kukus la ayam yang diperap tadi. Letak macamni. Haa.. Masa kukus tu, air perapan tu akan turun dalam air yang mendidih tu. Kukus la dalam 25 minit. Ermm.. kita saja tak potong kecik ayam ni. Sebab nanti masa kukus dia akan mengecut. Sebelum goreng kita potong2 dia, pastu baru goreng.

 
Taddaaaaa.. Ayam selepas dikukus. Abaikan isi yang tercarik tu. Hiks. 

 
Ni dia air kukus. Tengok tu. Tinggal ckit je. Kita tambah sket agi air, pastu masukkan sayur sawi. Air ni kita buat sup. Skali tengok gaya macam buat nasi ayam kan? Tapi macam je. En Shuben tak suka makan nasi kaler2. Kot mana pun nak jugak nasi putih. Kita didihkan lagi air ni bagi sawi masak. Tak sedap kalau makan takde sayur. Umpama tidur tak berbantal. Macamtu la rasa. Cewaahhh..
Kalau takde sawi, nak letak ubi kentang pun bole selain kaki ayam atau tekak ayam. Ataupun lobak ke, kobis bunga ke, brokoli ke. Rasa la sup ni. Kalau tak cukup rasa, tambahla perasa. Segala mak nenek air perapan ayam tadi da bersatu dalam sup nih masa kukus ayam tadi. Ermm.. kita masak tak guna pak aji ya. Sakit kepala kalau makan masakan yang ade pak aji ni. Mau migrain 3 hari kalau makan pak aji ni. Pati kiub tu pun cukup la satu je. Lebih2 nanti pun sakit kepala jugak. Kiranya ngam2 la kiub tu ngan sup separuh periuk pengukus tu.

 
Waaa.. Nasi pun da masak. Haihh.. Lambatnya la nak sampai.. Orang cakap, nak nasi tu sedap, kena kais la bila da masak tu. Baru la sekata dianya masak. 

Kita goreng ayam bila En Shuben da dekat2 nak sampai la ya. Goreng awal2 tak sedap kalau da sejuk. 

Sambil2 tu kita layan dulu kitanya kompilasi mp3 yang da dicompilekan dalam satu folder. Haihh. Ade lagi nak add in tapi nanti2 la. Banyak nau lagu. Ntah bila nak habis dengar pun taktau. 

 

En Shuben baru call. Da sampai Temerloh. 😱
Moh la kiter goreng ayam pulak. Hiks.. Sambil2 layan lagu tu. Perut pun da mendayu2 menyanyi mintak diisi.
 
 
Goreng la garing sket. Baru la sedap. Hek..

 
Finally. Ni hasil dia. Sebenarnya.. Ada lagi bahan. Timun. Potong2 pastu letak kat ayam tu then curah kicap. Ngeee.. Tapi, da namanya pelupa. Padahal p kedai masa beli ayam tadi da terpk nak masak ni, pun tak terbeli jgk. Mintak tlg En Shuben sambil2 nak balik umah tu, pun dia terlupa jugak. Kisahnya. Tapi takpe la. Ni pun jadik la. Sebabnya, bila masak macamni je baru En Shuben nak makan ayam. Dia membesar dengan makan macamni. Kalau tak, susah sket la dia nak makan. Antara ayam dan ikan, dia lebih suka ikan. Ataupun telur. Ataupun ikan bilis. Haihh! Lega hati tengok dianya selera. Bertambah2, kira ok la tu kan? 😉 Sapa tak sayang laki wei? Alhamdulillah. 

Ok la.. setakat tu je la. Tengah pk nak masak ape pulak esok. Tapi sebenarnya, da lama nak masak asam pedas, tapi tu la.. tak buat2 sampai kesudah. Esok je la citer. 

Da asar. Berenti dulu la ye. Assalammualaikum.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Selamat Malam

Senyum. Lepaskan lelahmu  dalam hela panjang...
Pejam. Buangkan jauh isi hati yang buatmu hanyut...
Sujud. Lamakan bisikan ke bumi kerana luahan itu sampai hingga langit.
Redha. Itu tingkat iman.
Terima kasih Allah. Kita mulakan lagi.
▶️ ▶️
Hai.  Ku kembali lagi.. *maichenta*✌️

story @ ....

salam..
mm.. dkt seminggu x update blog.. bkn xnk update.. tp, rasa cam penat sgt seminggu dua nih.
semalam (19 Mei 2011), aku p Shah Alam bawak mak ngan ayah hadiri konvo jija (adik aku lerr). Sedih jer rasa bila tgk jija terima skroll tu. dia patut syukur sbb mak ayah dtg tgk sendiri dia amik skroll tu wlupun skroll tu xder sijil pun kt dlmnye.. sijil dia amik kemudian lps selesai sumenye.. apepun aku bangga dgn dia. alhamdulillah.. syukur ngan kejayaan jija. mak pun, aku tgk mengalirkan air mata kegembiraan. ayah, aku xtau sbb ayah xnk masuk dewan pun ngan mak. dia suh aku masuk sbbnye, keadaan ayah yg xberapa tahan ngan sejuk air-cond dlm dewan tu. tp aku dpt rasa jgk perasaan ayah. pasti dia bangga dgn kejayaan ank dia.. mak ayah mana xbangga tgk ank sendiri naik ke pentas menerima segulung ijazah? pasti segala penat lelah selama ni tanggung ank2 dia belajar sehingga berjaya berbaloi. Alhamdulillah syukur..


aku? sedih? mm.. sebabnye aku pun penah rasa naik pentas amik skroll tu. t…

Yang Chenta Suka Sangat..

~Love The Way You Lie~
On the first page of our story, the future seems so bright. And this thing turned out so evil, I don't know why I'm still surprised. Even angels have their wicked schemes and you take death to new extremes. But you'll always be my hero, even though you lost your mind.
Just gonna stand there and watch me burn, But that's alright because I like the way it hurts. Just gonna stand there and hear me cry, But that's alright because I love the way you lie, I love the way you lie. I love the way you lie.
Now this gravel in our voices, glass is shattered from the fight. In this tug of war, you'll always win, even when I'm right. Cause you feed me fables from your hand, With violet words and empty threats and it's sick that all these battles are what keeps me satisfied.
Just gonna stand there and watch me burn, But that's alright because I like the way it hurts. Just gonna stand there and hear me cry,